KLIK DI SINI

Followers

Wednesday, July 7, 2010

KHASIAT MENGKUDU

gambar ini diambil drp google image
Nama Spesies: Morinda Citrifolia

Pokok mengkudu adalah sejenis tanaman liar yang mudah ditemui di dataran rendah. Banyak di tanam di kampung2 sebai tanaman herba. Bahagian pucuk pokok ini selalunya dibuat ulam samada dimakan mentah atau direbus. Pucuknya juga sedap dimasak lemak cili api. Antara khasiat mengkudu ini ialah:

DAUN

* Selalunya digunakan oleh kaum wanita yang baru melahirkan anak digunakan bagi tujuan bertungku untuk membuang angin dan mengempiskan perut.
Caranya ialah dengan melayurkan daunnya di atas api dan ditekap kpd dada serta perut ataupun membalut daun mengkudu pada tungku panas dengan menggunakan kain batik didemah di atas perut, sekeliling pinggang, betis serta tapak kaki. Selain itu daunnya juga boleh direbus dan dijadikan air mandian bagi menghilangkan demam panas.

BUAH

* Dikisar  atau ditumbuk lumat lalu diminum. Tujuannya adalah untuk membersihkan dan melancarkan darah bagi wanita, mengawal kencing manis atau melicinkan kulit.

AKAR DAN BATANG

*Dicuci dan digiling halus serta ditampalkan pada tempat luka, lalu dibalut. Air rebusannya baik untuk menghilangkan sakit sendi apabila diminum.

*Untuk menghilangkan tekanan darah tinggi - ambil perahan air buah mengkudu yang masak dicampurkan dengan madu lebah. Minum sebelum sarapan setiap pagi. InsyaAllah....


SUMBER: MAJALAH HERBA & PERUBATAN - JILID 1 (2003)




KHASIAT BAWANG PUTIH




SUMBER: BAWANG DALAM PERUBATAN ISLAM
PENGARANG: DR ISMAIL ABDUL MUTALIB AL-KHATIB
PENERBIT: SYARIKAT NURULHAS

Nama saintifik: Allium Sativa
Nama Inggeris: Garlic

Ciri-ciri Bawang Putih Asli

Mempunyai bau yg kurang menyenangkan dan rasa yg pedas. Baunya boleh dihilangkan dengan memakan epal, bunga cengkih atau daun pudina. Bau yang terdapat pada bawang putih adalah bau sulfur dan asid alil. Antara kandungan zat dalam bawang putih ialah:

1. Protein - 49%
2. Minyak yg mengandungi karbohidrat - 25%
3. Lemak - 22%
4. Air - 6 %

Penyakit Yg boleh Diubati Dengan Bawang Putih

1. Penyakit sistem penghadaman
    -Minum air perahan buah lai bercampur tiga biji bawang putih hancur sebelum tidur setiap hari atau ketika   perut kosong diminum bersama minyak bawang putih bercampur minyak zaitun.

2.Penyakit sistem peredaran darah (darah tinggi)
   -Bawang putih diketuk kemudian digoreng dengan minyak zaitun dan dijemur selama 40 hari. Makan satu sudu sehari selama 40 hari.

3. Penyakit sistem pernafasan (deman selsema)
    - Telan 1 ulas bawang putih selepas makan. Amalkan 3 kali sehari dan minum perahan bawang putih dan limau nipis.

4. Penyakit gigi (sakit gigi)
  - Ambil 1/2 ulas bawang putih dan letakkan di tempat yg sakit dan tekan ke atasnya sehingga hilang rasa sakit.

5. Mengurangkan kolestrol
   -Makan 2 ulas bawang putih hancur setiap hari bersama makanan yg dimakan.

Ini adalah sebahagian daripada khasiat bawang putih..... byk lagi khasiatnya.