KLIK DI SINI

Followers

Wednesday, July 7, 2010

KHASIAT BAWANG PUTIH




SUMBER: BAWANG DALAM PERUBATAN ISLAM
PENGARANG: DR ISMAIL ABDUL MUTALIB AL-KHATIB
PENERBIT: SYARIKAT NURULHAS

Nama saintifik: Allium Sativa
Nama Inggeris: Garlic

Ciri-ciri Bawang Putih Asli

Mempunyai bau yg kurang menyenangkan dan rasa yg pedas. Baunya boleh dihilangkan dengan memakan epal, bunga cengkih atau daun pudina. Bau yang terdapat pada bawang putih adalah bau sulfur dan asid alil. Antara kandungan zat dalam bawang putih ialah:

1. Protein - 49%
2. Minyak yg mengandungi karbohidrat - 25%
3. Lemak - 22%
4. Air - 6 %

Penyakit Yg boleh Diubati Dengan Bawang Putih

1. Penyakit sistem penghadaman
    -Minum air perahan buah lai bercampur tiga biji bawang putih hancur sebelum tidur setiap hari atau ketika   perut kosong diminum bersama minyak bawang putih bercampur minyak zaitun.

2.Penyakit sistem peredaran darah (darah tinggi)
   -Bawang putih diketuk kemudian digoreng dengan minyak zaitun dan dijemur selama 40 hari. Makan satu sudu sehari selama 40 hari.

3. Penyakit sistem pernafasan (deman selsema)
    - Telan 1 ulas bawang putih selepas makan. Amalkan 3 kali sehari dan minum perahan bawang putih dan limau nipis.

4. Penyakit gigi (sakit gigi)
  - Ambil 1/2 ulas bawang putih dan letakkan di tempat yg sakit dan tekan ke atasnya sehingga hilang rasa sakit.

5. Mengurangkan kolestrol
   -Makan 2 ulas bawang putih hancur setiap hari bersama makanan yg dimakan.

Ini adalah sebahagian daripada khasiat bawang putih..... byk lagi khasiatnya.

No comments:

Post a Comment